Ahad, 21 Jun 2009



To whom may concern...

Sabtu, 20 Jun 2009

Rabu, 3 Jun 2009

MARAHNYA DIA..


Marah.. atau kemarahan kadangkala ianya terbit tanpa kita sangka dan kadangkala kita tidak sedar ianya sedang melanda. Perlukah kita begini.. perlukah emosi mengawal akal dan fikiran sehingga hilang petimbangan dan kawalan terhadap diri kita. Hilang rasa hormat terhadap diri sendiri atau orang lain.. pada masyarakat..
Marah... kemarahan yang bersebab terbit dari perbuatan manusia lain... perbuatan yang melampau.. perbuatan yang tidak pernah hendak memikirkan apa kesan nya kepada orang lain... tidak pernah memikirkan apa yg akan berlaku sekiranya emosi lebih mengawal akal fikiran.. boleh membawa kepada kemusnahan.. kemusnahan diri sendiri .. kemusnahan kepada org lain..
Marah... kadang kala sengaja kita ini di hadapkan dengan kata-kata sindir.. kata-kata yang mereka tau sekira nya di halakan kata-kata tersebut akan membuatkan kita marah ... yang sengaja di cari... yang sengaja di hadirkan pada ketika kita bersama-sama mereka... Di mana letaknya hati mereka... ataupon puas hati agaknya sekelian mereka itu sekiranya berjaya membuat kita marah.. tersinggung dan merubah emosi menjadi tidak terkawal...
Marah perlu ada pada diri... kerana kita manusia ... selagi kita hidup di kalangan kita.. selagi masih ada mereka-mereka yang x tahu hendak menilai hati budi manusia.. perasaan manusia...
Dan jika perlu untuk kita marah... marah lah dengan mengunakan akal yang waras.. di sertakan iman... paling2 tidak pon ingatlah kita juga manusia kadangkala kita pon menyakiti org lain tanpa kita sedari... So fikir-fikirkan lah... tapi kalau dah over sgt belasah jer.. Hahahaha... sebab apa tau? Sebab kita hanya manusia biasa.... SO UNTIL NEXT TIME.. WASSALAM....

Jumaat, 8 Mei 2009




Tu dia ... Kenai x mamat nie... aku rase korang mesti x kenai... heheheh.. nie lah dia..Vocalis kumpulan StainD menyanyikan lagu Kumpulan Pearl Jam. Black Tajuk dia... Selamanya lagu pujaan hati aku.. muhahaha.. hayatilah yer....

Ahad, 3 Mei 2009


Inilah kehidupan.. Siang malam silih berganti.. Tapi pernah kah kita terfikir. Apa itu kehidupan? Adakah ianya menjanjikan sesuatu untuk kita . Bagi aku kehidupan ini hanya satu pentas untuk kita menuju ke satu destinasi yang telah di tetapkan olehNya..
Apa yang perlu kita buat? Cari dan pilih jalan terbaik untuk diri kita. Kerana ape yang kita cari sebenarnya bukan untuk kehidupan kita sekarang ini.. Kerana bagi aku kehidupan ini hanya sekadar satu jambatan untuk kita menuju ke satu kehidupan yang pasti dan kekal buat selama-lamanya.
Buat apa kalau harta menimbun, kereta besar, rumah besar.. Tapi hati x tenang .. problem banyak.. masaalah itu ini. Dari yang hidupnya sederhana. Rumah nya sederhana. Transportnya sederhana. Tapi hidupnya tenang. Buat apa kaya raya tapi kalau makannya cuma nasi kosong dan air putih. Sebab ape .. banyak penyakitnya.. jantung lah.. kencing manis la.. itu lah ini lah.. Dari yang hidupnya sederhana.. Semua boleh makan.. semua boleh di minum.. fikir-fikirkan.. Tak perlu kita hiraukan mereka yang hidup dengan penuh kemewahan.
Hiduplah dengan cara anda sendiri.. Dan sentiasa ingat kemewahan yang datang itu adalah satu ujian buat diri kita.. Kaya itu tidak salah tetapi kita yang selalu menyalahgunakan kekayaan itu. Hehehehe... So fikir-fikirkan lah iye.. sekadar luahan pendapat dari aku.. so kalau ada salah dan silap sama-sama lah kita perbetulkan. Sebab aku hidup dengan cara aku sendiri...

Sabtu, 25 April 2009

Taubatku



Terimakah engkau akan taubatku Ya Allah..

DOA TAUBAT

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........


Salam keramat salam bersahabat,
Salam bersumpah salam berjawab,
Salam bersaksi salam mengadap..
Assalamualaikom...